Wednesday, February 28, 2007

Pengenalan Remaja


SIAPAKAH REMAJA ???

Dalam istilah Bahasa Inggeris => Remaja sebagai adolescence yang diambil bahasa Latin, iaitu adolescere yang bermaksud "to grow up" atau "to grow to maturity."

Ahli psikologi berpendapat bahawa “ zaman remaja adalah tempoh peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.”

Remaja adalah satu jangka masa pertumbuhan dan perkembangan.

Secara keseluruhannya, remaja berkembang dengan bentuk tubuh yang mengalami pertumbuhan, terutamanya dari segi :
o Bentuk badan
o Ketinggian
o Otot
o Bulu roma
o Suara
o Ciri-ciri sekunder seks

Remaja mula mengurangkan pergantungan kepada ibubapa, terutamanya dalam hal peribadi mereka.

Remaja lebih suka untuk berbincang dan menjalin hubungan yang akrab dengan rakan sebaya.

Blair Jones & Simson (1991) :> menyatakan bahawa pembelajaran sosial kanak-kanak adalah berasaskan pembelajaran social dalam keluarga, tetapi pada peringkat remaja, pembelajaran sosial tersebut adalah diluar kawalan orang dewasa






…CIRI-CIRI REMAJA…

Antara ciri-ciri remaja yang dihuraikan oleh
Shertzer & Stone (1992):

* Masa remaja ialah zaman peralihan antara kanak-kanak dengan dewasa

* Wujudnya kematangan jasmani dan jantina yang selunya dikaitkan dengan

proses baligh

* Masa remaja sering dikaitkan dengan mencari kebebasan emosi, sosial dan

ekonomi.

* Remaja juga selalu menunjukkan perasaan ingin tahu yang lebih

menyeluruh terhadap diri mereka dan alam sekeliling

EmoSi ReMaJa


…EMOSI REMAJA…

Ø Perjalanan hidup seorang remaja sering dikaitkan dengan cara pertumbuhan dan cara mereka mengawal emosi dengan sebaik yang mungkin.

Ø Pakar psikologi menyatakan bahawa zaman remaja adalah zaman yang penuh dengan idealisme, pemberontakkan dan tekanan.

Ø Perubahan-perubahan yang dialami oleh seseorang remaja membuatkan dirinya berada dalam keadaan yang tidak stabil kekeliruan dan konflik.

Ø Menurut Shertzer & Stone (1992), remaja adalah satu zaman yang penuh dengan cabaran, dugaan, suka dan duka. Remaja juga dalam usia begini berada diperingkat “rebut” dan “tekanan” (storm and stress)

Ø Antara emosi-emosi yang pernah dialami oleh seseorang remaja :

§ Percintaan Remaja
- Perasaan ingin disayangi dan menyayangi adalahperkara yang lumrah di alam
remaja
- Perasaan ini selalunya diiringi dengan percintaanantara remaja.
- Namun demikian, cinta remaja ini selalunya tidak kekal atau berterusan.
- Percintaan di zaman remaja ini selalunya disebut “puppy love ”.

§ Kesunyian
- Kesunyian terjadi sekiranya remaja tidak dapat menyesuaikan diri dengan
rakan sebaya di sekolah
- Merupakan remaja yang tidak dapat mengikuti norma rakan sebayanya.
- Remaja yang lebih suka mengasingkan diri daripada bercampur dengan
rakan sebaya tidak akan memberi keuntungan kepada mereka.

§ Perasaan Rendah Diri
- Ada beberapa sebab mengapa remaja mempunyai perasaan rendah diri seperti:
o Kecacatan anggota
o Merasakan dirinya tidak menarik
o Tidak pandai berkomunikasi
o Taraf sosioekonomi yang rendah
o Tidak pandai bergaul
- Apabila remaja mempunyai perasaan yang sedemikian akan wujud perasaan :
o Pendiam
o Pemalu
o Tidak suka bergaul
o Mudah tersinggung
o Kurang bermotivasi dalam pelajaran
- Dengan ini akan wujud jurang antara remaja itu sendiri dengan remaja yang
lain

§ Kehidupan Yang Bebas
- Remaja secara normalnya tidak mahu dikongkong sepenuhnya.
- Apabila mereka merasakan diri mereka dikongkong maka akan wujud
pemberontakkan dalam diri mereka
- Secara tidak langsung akan memberi kesan dalam masalah sosial dikalangan
remaja

§ Keinginan Untuk Mencuba
- Remaja selalu ingin mencuba sesuatu yang baru atauterpaksa melakukan
sesuatu itu kerana dorongan dan cabaran dari rakan mereka
- Remaja yang berjaya melakukan apa sahaja yang dirancangakan dianggap
hebat oleh rakan-rakannya
- Sebagai contoh :
o Menghisap rokok
o Penagihan dadah
o Menghidu gam
o Lumba haram

§ Mencari Identiti Kendiri
- Pada waktu begini remaja akan bertanyakan soalan seperti“ Siapakah saya?”
“Apakah hala tuju hidup saya?”“Apa imej yang sesuai dengan diri saya?” dan
pelbagai persoalan yang timbul
- Konflik peribadi yang berlaku dalam diri remaja selalunya disebut
“krisis identiti”

§ Penampilan Diri
- Seperti pakaian. Potongan rambut, gaya bercakap dan sebagainya yang
mungkin akan terikut-ikut kepada sesuatu kumpulan tertentu.
- akan lebih meminta pandangan rakan-rakan daripada ahli keluarga sendiri
untuk memastikan mereka ikut peredaran masa.

Fizikal Remaja

....FiZiKaL ReMaJa….


… Perubahan yang pasti berlaku semasa peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja ialah perubahan susuk badan, iaitu daripada tidak mempunyai bentuk sehinggalah susuk badan dan perwatakan menyerupai orang dewasa.


… Beberapa perubahan fizikal dan fisiologikal berlaku semasa baligh dan perubahan ini membuka lembaran baru


dari alam kanak-kanak ke alam remaja.



Baligh :

* Biasanya dikaitkan dengan bermulanya seseorang perempuan mendapat
haid hasil daripada tindak balas "hormon progesteron".
* Bagi remaja lelaki pula, baligh berlaku apabila hormon testeron mula menghasilkan sel sperma, iaitu seawal 12-13 tahun.
* Kanak-kanak perempuan selalunya akan mencapai umur baligh lebih awal daripada kanak-kanak lelaki, iaitu pada umur 9-10 tahun

Perubahan fizikal yang agak ketara adalah seperti:

a) Perubahan bentuk badan.
b) Bentuk badan lelaki lebih tegap daripada wanita.
c) Remaja perempuan akan mengalami pertumbuhan buah
dada dan punggung yang membesar serta pertumbuhan
tulang punggung (pelvic) yang melebar.
d) Remaja lelaki akan mendapati pertumbuhan misai dan suara
yang menjadi agak kasar.
e) Pertumbuhan bulu di kawasan kemaluan dan ketiak.

… * Tidak semua remaja bersedia untu menghadapi zaman remaja yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Hal ini kerana remaja juga menghadapi maalah menerima bentuk tubuh yang baru.

… * Bagi remaja perempuan, pengalaman haid yang pertama mungkin suatu pengalaman yang tidak menyeronokkan, tetapi ada juga yang ternanti-nanti masa kedatangan haid yang pertama mereka.

… * Ada juga yang mengalami kesakitan semasa haid. Begitu juga dengan perkembangan buah dada, punggung serta pertambahan berat badan yang memberi kesa kepada psikologi mereka.

… * Zaman remaja adalah satu zaman pergolakkan emosi yang di sebabkan oleh tekanan dan ketegangan yang begabung semasa mencapai kematangan seksual dan fizikal.

… * Namun, bukan semua remaja ini dapat menerima perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Pada peringkat permlaan, ada remaja perempuan yang agak malu apabila mendapati buah dadanya membesar. Begitu juga remaja lelaki yang menunjukkan perubahan suara yang bertukar menjadi garau dan berasa tidak selesa serta merasa akan ditertawakan oleh rakan-rakan mereka.

… * Namun demikian, jika perubahan bentuk fizikalnya agak lambat berlaku, seseorang remaja tu boleh berasa tertekan. Contohnya, jika kebanyakkan pelajar wanita di dalam kelasnya telah menunjukkan ciri keremajaan, seperti pertambahan berat badan dan mempunyai buah dada yang sedang membesar, sedangkan remaja tadi masih belum merasai perubahan seperti yang dialami oleh rakan-rakan lain, dia mula berasa terasing daripada kawan-kawannya.

… * Terdapat kumpulan remaja yang terlalu mudah mempersendakan atau mengasingkan rakan sebaya yang mempunyai kecacatan fizikal atau yang keadaan tubuhnya berlainan daripada biasa.

… * Perubahan hormon di dalam badan juga menyebabkan jerawat tumbuh di muka para remaja. Jerawat yang tumbuh memberi kesan kepada psikologi kerana remaja merasakan wajah mereka tidak cantik atau tidak menarik.

… * Di samping itu, sekiranya jerawat ini tidak di jaga dengan baik, ia akan meninggalkan parut untuk jangka masa yang panjang. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada dir remaja. Seperti yang telah dinyatakan, jerawat adalah akibat daripada pertukaran hormon badan yang amat kompleks, maka masalah ini sememangnya tidak dapat dielakkan.


Secara ringkasnya, pertumbuhan fizikal remaja adalah dalam kadar sederhana, iaitu tidak terlalu pesat seperti pada zaman bayi dan kanak-kanak. Perubahan fizikal juga mampu mempengaruhi emosi dan psikologi remaja, dimana zaman inilah yang menjadi penentu masa depan dan kehidupan diri mereka.





....KoGNiTiF ReMajA....

PENGENALAN

Perubahan dalam perkembangan kognitif yang dialami oleh remaja :

* Perubahan ini tidak dapat dilihat dengan jelas, berbeza bagi setiap individu, namun penting bagi seseorang individu bagi mencapai tingkat perkembangan kognitifnya akan mempengaruhi cara ia melihat dirinya, merancang masa depannya, dan menganalisis permasalahan yang dihadapi.

* Terdapat banyak teori mengenai perkembangan kognitif remaja, termasuk teori perkembangan kognitif sebagaimana yang dikemukakan oleh Piaget, namun secara umum remaja cenderung menggunakan idea-idea yang abstrak dan berfikir secara abstrak, multidimensional, relatif dan reflektif. Sejauh manakah tepatnya tingkat perkembangan kognitif seorang individu pada masa remaja sukar diramalkan, dan sangat berbeza mengikut seseorang.

* Perkembangan kognitif seseorang itu tidak hanya ditentukan dari pertumbuhan dan kematangan sistem saraf pusat mahupun periferi sahaja, namun juga cara ia memproses informasi, meningkatkan daya ingat dan kapasiti memorinya, dan kedekatannya dengan suatu objek pengetahuan.

* Walaupun demikian, tingkat kematangan kognitif seseorang dapat ditingkatkan dengan latihan-latihan dan usaha untuk memperbaiki cara belajar dan mengorganisasi memori. Hal ini juga tidak terlepas dari potensi-potensi yang dimilikinya, termasuk bakat tentang pengetahuan tertentu.

* Suatu perkara yang harus diperhatikan pada perkembangan kognitif remaja adalah bukan pada kepantasan berfikir dan banyaknya informasi yang dikuasai yang penting, namun lebih kepada cara remaja itu menggunakan informasi yang dimilikinya untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.



TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET


* Teori perkembangan kognitif dipelopori oleh Jean Piaget. Beliau adalah seorang pakar psikologi kanak-kanak dari Switzerland. Piaget juga menerangkan cara berfikir yang kesan kepada tingkah laku setiap individu.

* Teori yang dikemukakan oleh Piaget lebih berfokus kepada tahap. Tahap bagi remaja ialah tahap akhir iaitu, tahap operasi formal yang bermula pada umur dua belas tahun hinggalah ke atas.

* Pada tahap ini mereka berupaya mengunakan serta memahami logik dan konsep abstrak dan cuba merealisasikan konsep tersebut.

* Mereka tidak lagi cuba menyelesaikan sesuatu masalah secara cuba jaya (trial and error), seperti semasa mereka berusia tujuh tahun, tetapi mereka menggunakan pelbagai alternatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.


* Mereka berkeupayaan melakukan sintetis terhadap sesuatu kejadian dan seterusnya cuba membentuk hipotesis untuk mencapai sesuatu kesimpulan.

* Remaja pada tahap ini mampu memikirkan perkara abstrak dan berfikir secara logik, reflektif serta sistematik.

Perkembangan Psikososial

....PeRKeMBanGaN PsiKoSoSiaL....


Zaman remaja bukan sahaja merupakan satu jangka masa yang mampu menggugat remaja itu sendiri malah melibatkan ahli keluarga mereka juga. Proses perkembangan remaja dan proses ke arah kematangan juga bukanlah satu keadaan yang mudah untuk dijalani oleh remaja dan keluarga. Kekeliruan mungkin akan wujud dalam diri seorang remaja dalam usaha untuk menyatupadukan antara tuntutan biologi dan sosial yang mungkin bertentangan. Sebagai contoh, keinginan seks yang tinggi adalah bertentangan dengan ajaran agama dan terbatas dalam norma-norma sosial.

Terdapat beberapa aspek yang dihadapi oleh golongan remaja pada peringkat ini. Antaranya :

Kebebasan psikologi – Kebebasan emosi merupakan salah satu kejayaan bagi setiap remaja. Kebebasan emosi ini berlaku melalui proses ‘ individuasi’ yang berterusan. Ia merangkumi harapan, keinginan, sifat, ketrampilan dan cara mempertahankan diri. Kebebasan emosi ini menyebabkan mereka menagih sikap berdikari dan menolak bergantung pada keluarga. Pada masa yang sama, mereka merasa benci apabila ingin menggantikan suasana yang selamat dan tempat bergantung dengan fasa kebebasan ini. Menyentuh soal kebebasan ini, ia tidak boleh disalahertikan dengan menganggap remaja ingin melarikan diri daripada tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa. Namun, ia adalah keadaan dimana remaja mula berfikir dan bertindak secara bersendirian.

Perkembangan Heteroseksual – Pada permulaan dan pertengahan zaman remaja, perubahan hormon akan menyebabkan pertumbuhan ciri-ciri seksual sekunder berlaku. Bagi remaja lelaki, perubahan suara dan kepejalan otot akan berlaku pada tahap ini. Sementara remaja perempuan pula akan mengalami perubahan seperti pertumbuhan buah dada dan lapisan lemak pada bahagian tertentu pada tubuh badan. Remaja mula mengalami dorongan jantina yang tidak pernah dialami sebelum ini. Perhatian tertumpu kepada ibu bapa pada zaman kanak-kanak mula beralih kepada rakan sebaya yang sejenis dengannya. Begitu juga dengan luahan kasih sayang kini lebih tertumpu kepada rakan rapat yang mereka anggap sebagai objek ‘cintanya’.

Penguasaan Nilai Moral – Pada zaman kanak-kanak, sistem moral yang dipelajari adalah diambil sepenuhnya daripada kedua ibu bapa. Pada zaman remaja, mereka mula mendapat pengaruh daripada rakan sebaya yang membawa perubahan dalam sistem moral yang mereka amalkan selama ini. Pengaruh rakan sebaya merupakan proses dimana remaja mula bertindak mengubahsuai atau meninggalkan segala ajaran daripada ibu bapa selama ini. Mereka juga sudah berani menambah atau menyatupadukan nilai yang lama dengan yang baru dipelajari daripada persekitaran mahupun pergaulan. Sekiranya sebelum ini mereka menyanjungi dan kagum dengan kedua ibu bapa, kini ibu bapa diperkecilkan dan remaja menganggap bahawa diri mereka lebih matang dengan idea, nilai serta pengalaman yang tinggi. Hal ini akan menyebabkan ibu bapa menjadi risau dan bimbang sekiranya pengaruh terhadap anak-anak mereka semakin berkurangan. Seandainya situasi ini tidak dapat dikendalikan dengan baik, ianya mampu mengundang pergaduhan dan permasalahan antara ibu bapa dan anak-anak.

Pilihan Pendidikan – Apabila menjangkau usia pertengahan atau penghujung keremajaannya, remaja harus menentukan sendiri beberapa perkara penting tentang kehidupannya pada masa hadapan. Perkara ini dipengaruhi bermula dengan tahap pencapaiannya semasa di peringkat sekolah, tekanan daripada ibu bapa dan juga nilai masyarakat disekeliling mereka. Sekiranya sikap dan aspirasi ibu bapa bertentangan dengan apa yang dipegang oleh rakan sebaya mereka, kekeliruan dan konflik bakal tercetus. Akibatnya, setiap tindakan yang diambil adalah dipengaruhi oleh perasaan dan emosi dan bukannya ditentukan oleh pemikiran yang matang serta waras.