Wednesday, February 28, 2007

Fizikal Remaja

....FiZiKaL ReMaJa….


… Perubahan yang pasti berlaku semasa peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja ialah perubahan susuk badan, iaitu daripada tidak mempunyai bentuk sehinggalah susuk badan dan perwatakan menyerupai orang dewasa.


… Beberapa perubahan fizikal dan fisiologikal berlaku semasa baligh dan perubahan ini membuka lembaran baru


dari alam kanak-kanak ke alam remaja.



Baligh :

* Biasanya dikaitkan dengan bermulanya seseorang perempuan mendapat
haid hasil daripada tindak balas "hormon progesteron".
* Bagi remaja lelaki pula, baligh berlaku apabila hormon testeron mula menghasilkan sel sperma, iaitu seawal 12-13 tahun.
* Kanak-kanak perempuan selalunya akan mencapai umur baligh lebih awal daripada kanak-kanak lelaki, iaitu pada umur 9-10 tahun

Perubahan fizikal yang agak ketara adalah seperti:

a) Perubahan bentuk badan.
b) Bentuk badan lelaki lebih tegap daripada wanita.
c) Remaja perempuan akan mengalami pertumbuhan buah
dada dan punggung yang membesar serta pertumbuhan
tulang punggung (pelvic) yang melebar.
d) Remaja lelaki akan mendapati pertumbuhan misai dan suara
yang menjadi agak kasar.
e) Pertumbuhan bulu di kawasan kemaluan dan ketiak.

… * Tidak semua remaja bersedia untu menghadapi zaman remaja yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Hal ini kerana remaja juga menghadapi maalah menerima bentuk tubuh yang baru.

… * Bagi remaja perempuan, pengalaman haid yang pertama mungkin suatu pengalaman yang tidak menyeronokkan, tetapi ada juga yang ternanti-nanti masa kedatangan haid yang pertama mereka.

… * Ada juga yang mengalami kesakitan semasa haid. Begitu juga dengan perkembangan buah dada, punggung serta pertambahan berat badan yang memberi kesa kepada psikologi mereka.

… * Zaman remaja adalah satu zaman pergolakkan emosi yang di sebabkan oleh tekanan dan ketegangan yang begabung semasa mencapai kematangan seksual dan fizikal.

… * Namun, bukan semua remaja ini dapat menerima perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Pada peringkat permlaan, ada remaja perempuan yang agak malu apabila mendapati buah dadanya membesar. Begitu juga remaja lelaki yang menunjukkan perubahan suara yang bertukar menjadi garau dan berasa tidak selesa serta merasa akan ditertawakan oleh rakan-rakan mereka.

… * Namun demikian, jika perubahan bentuk fizikalnya agak lambat berlaku, seseorang remaja tu boleh berasa tertekan. Contohnya, jika kebanyakkan pelajar wanita di dalam kelasnya telah menunjukkan ciri keremajaan, seperti pertambahan berat badan dan mempunyai buah dada yang sedang membesar, sedangkan remaja tadi masih belum merasai perubahan seperti yang dialami oleh rakan-rakan lain, dia mula berasa terasing daripada kawan-kawannya.

… * Terdapat kumpulan remaja yang terlalu mudah mempersendakan atau mengasingkan rakan sebaya yang mempunyai kecacatan fizikal atau yang keadaan tubuhnya berlainan daripada biasa.

… * Perubahan hormon di dalam badan juga menyebabkan jerawat tumbuh di muka para remaja. Jerawat yang tumbuh memberi kesan kepada psikologi kerana remaja merasakan wajah mereka tidak cantik atau tidak menarik.

… * Di samping itu, sekiranya jerawat ini tidak di jaga dengan baik, ia akan meninggalkan parut untuk jangka masa yang panjang. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada dir remaja. Seperti yang telah dinyatakan, jerawat adalah akibat daripada pertukaran hormon badan yang amat kompleks, maka masalah ini sememangnya tidak dapat dielakkan.


Secara ringkasnya, pertumbuhan fizikal remaja adalah dalam kadar sederhana, iaitu tidak terlalu pesat seperti pada zaman bayi dan kanak-kanak. Perubahan fizikal juga mampu mempengaruhi emosi dan psikologi remaja, dimana zaman inilah yang menjadi penentu masa depan dan kehidupan diri mereka.





....KoGNiTiF ReMajA....

PENGENALAN

Perubahan dalam perkembangan kognitif yang dialami oleh remaja :

* Perubahan ini tidak dapat dilihat dengan jelas, berbeza bagi setiap individu, namun penting bagi seseorang individu bagi mencapai tingkat perkembangan kognitifnya akan mempengaruhi cara ia melihat dirinya, merancang masa depannya, dan menganalisis permasalahan yang dihadapi.

* Terdapat banyak teori mengenai perkembangan kognitif remaja, termasuk teori perkembangan kognitif sebagaimana yang dikemukakan oleh Piaget, namun secara umum remaja cenderung menggunakan idea-idea yang abstrak dan berfikir secara abstrak, multidimensional, relatif dan reflektif. Sejauh manakah tepatnya tingkat perkembangan kognitif seorang individu pada masa remaja sukar diramalkan, dan sangat berbeza mengikut seseorang.

* Perkembangan kognitif seseorang itu tidak hanya ditentukan dari pertumbuhan dan kematangan sistem saraf pusat mahupun periferi sahaja, namun juga cara ia memproses informasi, meningkatkan daya ingat dan kapasiti memorinya, dan kedekatannya dengan suatu objek pengetahuan.

* Walaupun demikian, tingkat kematangan kognitif seseorang dapat ditingkatkan dengan latihan-latihan dan usaha untuk memperbaiki cara belajar dan mengorganisasi memori. Hal ini juga tidak terlepas dari potensi-potensi yang dimilikinya, termasuk bakat tentang pengetahuan tertentu.

* Suatu perkara yang harus diperhatikan pada perkembangan kognitif remaja adalah bukan pada kepantasan berfikir dan banyaknya informasi yang dikuasai yang penting, namun lebih kepada cara remaja itu menggunakan informasi yang dimilikinya untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.



TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET


* Teori perkembangan kognitif dipelopori oleh Jean Piaget. Beliau adalah seorang pakar psikologi kanak-kanak dari Switzerland. Piaget juga menerangkan cara berfikir yang kesan kepada tingkah laku setiap individu.

* Teori yang dikemukakan oleh Piaget lebih berfokus kepada tahap. Tahap bagi remaja ialah tahap akhir iaitu, tahap operasi formal yang bermula pada umur dua belas tahun hinggalah ke atas.

* Pada tahap ini mereka berupaya mengunakan serta memahami logik dan konsep abstrak dan cuba merealisasikan konsep tersebut.

* Mereka tidak lagi cuba menyelesaikan sesuatu masalah secara cuba jaya (trial and error), seperti semasa mereka berusia tujuh tahun, tetapi mereka menggunakan pelbagai alternatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.


* Mereka berkeupayaan melakukan sintetis terhadap sesuatu kejadian dan seterusnya cuba membentuk hipotesis untuk mencapai sesuatu kesimpulan.

* Remaja pada tahap ini mampu memikirkan perkara abstrak dan berfikir secara logik, reflektif serta sistematik.

No comments: