Wednesday, April 4, 2007

SoaLaN MenGeNai "ReMaJa"

SOALAN OBJEKTIF

1. Menurut Shertzer & Stone (1992) remaja dianggap sebagai satu peringkaT?
a) Loving Person
b) Stress
c) Happiness
d) Storm & Stress

2. Yang manakah antara berikut bukan berkaitan dengan emosi remaja?
a) Percintaan remaja
b) Kehidupan yang menyeronokkan
c) Kesunyian
d) Perasaan rendah diri

3. Percintaan ketika remaja digelar?
a) Puppy Love
b) Romeo & Juliet
c) Jiwang
d) Keanak-anakan

4. Perubahan-perubahan yang dialami oleh seseorang remaja akan menyebabkan
a) Kebahagiaan
b) Tertanya-tanya
c) Dirinya dalam keadaan tidak stabil,kekeliruan, dan knflik
d) Kematangan

5. Konflik peribadi yang berlaku dalam diri remaja disebut ?
a) Krisis Identiti
b) Krisis penampilan
c) Krisis Peribadi
d) Konflik Status

6. Antara perubahan fizikal remaja yang ketara adalah seperti berikut kecuali :
a) Tinggi & Berat
b) Perubahan hormon
c) Kematangan seksual
d) Bentuk badan kekal

7. Akil Baligh adalah?
a) Tanda perubahan bentuk badan sahaja
b) Kematangan fikiran
c) Proses kematangan dan tanda cukup umur mengikut pandangan Islam
d) Suara yang garau bagi remaja lelaki

8. Apakah menarche?
a) Kedatangan haid yang pertama
b) Perubahan hormon remaja
c) Kematangan seksual
d) Sejenis hormon bagi lelaki

9. Antara yang berikut adalah punca kematian dikalangan remaja kecuali
a) Bunuh diri
b) Kemalangan
c) Pembunuhan
d) Sakit jantung

10. Ciri-ciri Anorexia Nervosa adalah
a) Berat badan kurang daripada 85 % dari berat badan normal
b) Kerap makan dan tidur
c) Gemar bersukan
d) Berlaku hanya pada lelaki

11. Perkembangan kognitif remaja ditentukan dari

i) pertumbuhan dan kematangan sistem saraf
ii) cara seseorang memproses informasi
iii)melaksanakan sesuatu perkara
iv)meningkatkan daya ingatan dan memorinya

a) i, ii, dan iii
b) I,ii dan iv
c) i,iii dan iv
d) ii,iii dan iv


12. Tingkat kematangan kognitif remaja dapat ditingkatkan dengan beberapa cara kecuali
a) Usaha untuk memperbaiki cara belajar
b) Latihan
c) Melakukan aktiviti
d) Mengorganisasi memori


13. Tahap remaja yang dikemukakan oleh Jean Piaget adalah pada tahap
a) Tahap operasi konkrit.
b) Tahap operasi formal
c) Tahap praoperasi
d) Tahap operasi konkrit


14. Pada tahap ini, remaja tidak lagi cuba menyelesaikan sesuatu masalah secara cuba jaya tetapi menggunakan pelbagai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah
a) Ya
b) Tidak


15. Perubahan kognitif yang dialami oleh remaja adalah…………… dan…………….. bagi setiap individu
a) Jelas, sama
b) Tidak jelas, berbeza
c) Jelas, berbeza
d) Kurang, tidak sama

16. Mariam mengajar sains sosial di sekolah tinggi. Pada tahap perkembangan psiko-sosial yang manakah Mariam patut jangkakan ke atas para pelajarnya?
a) Intimacy versus isolation
b) Integrity versus despair
c) Identity versus identity confusion
d) Industry versus inferiorty

17. Penyelidik yang manakah menjumpai 4 jenis status identity remaja?
a) Reed Larson
b) Eric Ericson
c) Jean Phinniy
d) James Marcia

18. Di dalam kekaburan identiti (identity diffusion) krisis ialah………….... dan komitmen ialah……………
a) absent/ present
b) present/ absent
c) present/ present
d) absent/ absent

19. Aminah berumur 15 tahun. Pada tahap perkembangan kognitif yang manakah Aminah berada?
a) concrete operational
b) preoperational
c) sensorimotor
d) formal operational

20. ........................ adalah merupakan kedatangan haid pertama bagi perempuan
a) Testosterone
b) Puberty
c) Esthediol
d) Menarche

SOALAN SUBJEKTIF

1. Sebutkan sebab-sebab mengapa remaja mempunyai perasaan rendah diri?
2. Sebagai seorang manusia yang prihatin, apakah pandangan anda tentang masalah sosial dikalangan remaja terutamanya gejala seks bebas yang semakin berleluasa dewasa ini?
3. Apakah yang anda faham tentang perkembangan kognitif pada tahap remaja?
4. Apa yang dimaksudkan dengan 'egocentrism' remaja?

No comments: